SELAMAT DATANG KE PORTAL 10 RRD
Ahad, 28 September 2014
Jumaat, 26 September 2014
PERTANDINGAN AKHIR PIALA SARAWAK
![]() |
Menteri Muda Pembangunan Belia, Datuk
Abdul Karim Rahman Hamzah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono
Osman bergambar bersama pemain ATM Sarawak
|
Stadium Negeri Sarawak, Kuching : Kecemerlangan
tim bola sepak 10 RRD yang juga dikenali sebagai pasukan ATM Sarawak dalam
kancah arena bola sepak di negeri Sarawak ini memang tidak dapat dinafikan
lagi. Pada tahun 2012 yang lalu, tim ATM Sarawak ini telah beraksi di pentas
akhir tetapi kecundang apabila tewas kepada pasukan Kuching pada ketika itu.
Dalam saingan Piala Sarawak 2014 baru-baru ini, tim ATM Sarawak telah
mengulangi kecemerlangan tersebut apabila berjaya menempah tiket ke perlawanan
akhir menentang pasukan Samarahan apabila berjaya menjinakkan pasukan SUKMA 2016
dengan jaringan 2 berbalas 1 dalam saingan separuh akhir di Stadium Mini
UNIMAS, Sarawak pada 26 Sep 2014 yang lepas.
Rabu, 24 September 2014
LAWATAN ULUNG PANGLIMA 3 BRIGED
![]() |
Panglima 3 Briged bergambar bersama pegawai dan anggota 10 RRD |
Kem Muara
Tuang, Kota Samarahan : 10 RRD
telah menerima Lawatan Ulung Panglima 3 Bgd, Brig Jen Md Yusof bin Aziz pada 24
Sep 2014 yang lalu. Ketibaan YBhg
Panglima 3 Bgd telah di sambut oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt Kol Ismail
Nasaruddin bin Yeop dan beliau mengiringi YBhg Panglima 3 Bgd untuk diperkenalkan
kepada pegawai dan PTT Kanan berpangkat Pegawai Waren. Ini merupakan lawatan
rasmi pertama beliau ke pasukan 10 RRD sejak beliau memegang tampuk
pemerintahan 3 Bgd.
Khamis, 18 September 2014
LAWATAN TIMBALAN PENGARAH INFANTRI
![]() |
Timbalan Pengarah Infantri bergambar bersama Pegawai 10 RRD |
Kem
Muara Tuang, Kota Samarahan : Pada 18 Sep 2014 yang lalu, 10 RRD telah
menerima kunjungan dari Timbalan Pengarah Infantri, Kol Md Din bin Hj Abu ke
pasukan ini. Kedatangan beliau telah disambut oleh Pegawai Memerintah 10 RRD, Lt
Kol Ismail Nasaruddin bin Yeop dan kemudian beliau diperkenalkan kepada semua
pegawai dan PTT Kanan pasukan. Tujuan lawatan beliau ke pasukan ini adalah bagi
meninjau keadaan dan perkembangan pasukan serta mengenalpasti masalah-masalah
yang dihadapi oleh pasukan ini sepanjang penubuhan semula batalion ini.
Rabu, 10 September 2014
KEM JATI DIRI SMK ST THOMAS
![]() |
Jurulatih dan guru bergambar bersama peserta kem kepimpinan |
Jumaat, 5 September 2014
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEK MEN SAINS KUCHING
Kem
Muara Tuang, Kota Samarahan : Seramai 2 guru dan 55 pelajar dari SM Sains
Kuching telah melaksanakan Kem Kepimpinan Pengawas Siri 1/2014 di 10 RRD mulai 5
Sep hingga 7 Sep 2014 yang lalu. Sama seperti kem kepimpinan sebelum ini, antara
aktiviti yang dilaksanakan seperti ceramah kepimpinan, jungle wira halangan, wira malam, aktiviti team building dan demonstrasi
ikhtiar hidup oleh Tim Ikhtiar Hidup 10 RRD.
Langgan:
Catatan (Atom)