![]() |
Peserta program bergambar semasa sesi penutup Kem Jati Diri |
Kem Muara Tuang, Kota
Samarahan : 10
RRD telah menganjurkan program Kem Jati Diri SMK Bandar Samariang yang telah
dilaksanakan dengan jayanya mulai 17 Mac hingga 18 Mac 2014 yang lalu. Program
jati diri yang dianjurkan selama dua hari itu telah dihadiri oleh 46 orang
pelajar dan 6 orang guru. Kapt Nizam Nor Amri bin Johari selaku pegawai
penyelaras penganjur serta dibantu oleh beberapa pegawai dan anggota pasukan
telah menjayakan program ini selaras dengan objektif program sambil dibantu
oleh guru-guru sekolah.